Pelakon kacak Meerqeen enggan mengambil pusing komen negatif terhadapnya dan terus meletakkan fokus dalam kerjaya saban waktu.



Jelas Meerqeen, sepanjang berada dalam industri, tahun ini menjadi tahun paling bertuah baginya untuk menuai pelbagai rezeki.

"Saya rasa sepanjang dalam industri, usaha saya berbaloi. Boleh dikatakan saya gembira dan berbangga dengan diri sendiri.

"Tentang komen negatif, saya enggan ambil pusing. Apa yang penting adalah fokus ke hadapan dan meneroka lebih banyak peluang lagi," katanya kepada Gempak.

Meerqeen yang ditemui pada pelancaran outlet kafe ke-150 Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia di Sierra, Puchong baru-baru ini turut meluahkan rasa terujanya dilantik sebagai duta pertama jenama tersebut.

"Saya bekerja dengan Coffee Bean sejak setahun lalu dan saya gembira sepanjang dengan mereka. Memang betul, saya pencinta kopi malah, kalau lunch pun Coffee Bean is a must!" ujarnya.

A post shared by The Coffee Bean & Tea Leaf MY (@coffeebeanmy)


Serentak dengan itu juga, Meerqeen turut terbabit dalam kempen Aidilfitri #RayaMeerqeenCBTL dengan memperkenalkan minuman serta menu musim baharu.

Kata Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri lebih lengkap dengan pelbagai juadah tradisi yang menjadi ilham jenama terbabit tahun ini.

"Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, kami ingin membawakan juadah-juadah yang menarik dan pelbagai, diilhamkan oleh citarasa orang ramai di dalam dan di luar negara. Apa pun yang menjadi pilihan hati, kami ingin mempelawa anda untuk menikmatinya bersama insan tersayang berlatarkan kemesraan suasana kafe kami.

Sempena musim lebaran ini, minuman yang buatan tangan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pasti akan menggamit selera anda, selain menawarkan pelbagai pilihan menu.

Pilihan kopi terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee (kecil RM15.90, biasa RM16.90) dan Cardamom Oat Milk Macchiato (panas/berais) (kecil RM19.50, biasa RM20.50).

Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, rempah ini menambah kekayaan rasa minuman ini. Pada masa yang sama, perungkaian Cardamom Oat Milk Macchiato turut mempelbagaikan lagi barisan minuman berasaskan tumbuhan yang disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Pencuci mulut ikonik yang juga boleh diminum, Ice Blended® turut menyaksikan anggota baharu sempena musim yang mulia ini, iaitu Mangoes & Cream Ice Blended® (kecil RM17.90, biasa RM19.50).

Akhir sekali, bagi para peminat Cold Brew Tea, untuk musim lebaran kali ini, Mangoes & Cream Cold Brew Tea (kecil RM 16.90, biasa RM18.50) akan disajikan dengan selaput krim – menjadikan setiap hirupan lebih mulus dan enak.

Sebagai hidangan pemula, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah membawa kembali santapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu kek span berperisa pandan dan gula Melaka, diberi nama The Straits.



Ia diiringi dengan satu lagi pencuci mulut yang kaya dengan warisan negeri Melaka, iaitu kek suji bernama Pine-Lemon Sugee.

Di samping itu, bagi para penggemar coklat atau buah-buahan, kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pasti akan memuaskan deria manis anda.



Jika anda ingin mendapatkan santapan segera, rasai lapisan keenakan Baklava Delight (disediakan di kafe-kafe terpilih sahaja* atau melalui pra-pesanan dalam talian) atau pastri pusar, Cinnamon Raisin Swirl.

Bukan itu sahaja, untuk membawakan citarasa Timur Tengah ke Malaysia, Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma juga terdapat dalam menu The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.