Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”
Asyikin Mayudin
03/10/2024 02:55 MYT
03/10/2024 02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread yang memberi ulasan mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Tak perlu kawan baik
Menerusi perkongsian itu, Amira berkata tidak kisah la isu yang sedang tular sekarang ini hanya ‘marketing’ tetapi baginya lelaki yang berstatus suami tidak sepatutnya mempunyai hubungan rapat dengan wanita lain.
“Ada kata marketing, ada kata betul… tak kisah yang penting kalau dah status suami tu tak payah nak kawan baik dengan perempuan,” kongsinya.
Pada perkongsian sama, Amira turut meminta kaum hawa untuk tidak bersikap terlalu mesra dengan lelaki yang sudah berkahwin.
“Hat (yang) perempuan pula tak payah galak dengan laki (suami) orang. Tu saja nak pesan,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Jofliam Jawab Status Sebenar Rumah Tangga Dengan Cik Epal - “Sudah Lafaz Taklik, Selebihnya Serah Pada Mahkahmah..."
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Amira atau mesra disapa sebagai Mighah.
Biarpun tidak menyebut mana-mana nama namun netizen menganggap perkongsian Amira itu mempunyai kena mengena dengan isu melibatkan pempengaruh dan usahawan Jofliam dan isterinya, Cik Epal.
Ia berikutan konflik rumah tangga pasangan itu sedang hangat diperkatakan sejak Jofliam mempunyai pendedahan melibatkan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi.
Menerusi laporan Gempak pada Rabu, Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.