Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Usai Keputusan Mahkamah Hak Penjagaan, Fattah Amin Kongsi Video Luang Masa Bersama Anak - “Daddy Tak Kisah Dukung Fatima Selalu Walaupun…”

Asyraf Roslan
12/11/2024 07:25 MYT
Pelakon, Fattah Amin berkongsi sebuah video bersama anaknya Nur Fatima Aisya selepas beberapa jam keputusan mahkamah memberikan hak penjagaan anaknya kepada bekas isterinya, Nur Fazura.

Menerusi ruangan kapsyen, pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr. Pilot itu berkata dia akan sentiasa mendukung puteri sulungnya meskipun anaknya itu sudah besar.

“Fatima, Daddy tahu Fatima suka daddy dukung.

“Daddy tak kisah dukung Fatima selalu walaupun Fatima dah besar because you’ll be my precious baby,” kata Fattah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Dengar Lagu Dah Siap, Dia Kata…” - Aina Abdul Tunai Permintaan Ibu, Fattah Amin Jadi Hero Muzik Video Lagu Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Hari Saya Fikirkan Kamu” - Fattah Amin Luah Rasa Rindu Fatima

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat kepada Fattah dan mendoakan kebahagiannya bersama Fatima.

“Alhamdulillah ?..Semoga yg terbaik sahaja buat Fattah & Fatima. Buah hati pengarang jantung & nyawa daddy buat selamanya”

“Alhamdulillah hepinya tngk Fatima & daddy”

“Alhamdulillah.. semoga Daddy & Fatima baik² sahaja dan bahagia selamanyaaa .. we love you both”

“Alhamdulillah semoga yang baik baik saja buat Daddy dan Nyama,” kata netizen.

Terdahulu, Fattah Amin telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifudin.

Peguam yang mewakili Fattah, Syamimi Ab Rahman berkata keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

Sekadar info, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Fattah dan Fazura telah merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

#Fattah Amin #Fazura #Nur Fatima Aisya #Hak Penjagaan Anak
;