HIBURAN
Usia Anak Pertama Belum Cukup Setahun, Da’i Syed Umum Isteri Kini Hamil Cahaya Mata Kedua - “Doakan Keluarga Kecil Kami”
Usia anak sulung hampir setahun, pendakwah dan penyanyi Da’i Syed berkongsi berita gembira isterinya iaitu Hana Ismail kini sedang hamil cahaya mata kedua mereka.
Kongsi berita gembira
Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto memperlihatkan ‘baby bump’ isterinya di laman Instagram pada Ahad.
“Doakan keluarga kecil kami,” tulis Syed secara ringkas menerusi kapsyen di ruang perkongsian itu.
Rata-rata netizen dan kenalannya mengucapkan tahniah buat Syed serta Hana selain mendoakan agar segala urusan pasangan itu dalam menyambut ahli keluarga baharu dipermudah.
“Alhamdulillah… Fatma nak ada adik dah. Tahniah.
“Tahniah anak kedua bakal lahir.
“Dah agak dah… semoga selamat bersalin,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed Terbuka Terima Tawaran Berlakon, Tapi Hanya Mahu Watak Islamik - “Saya Masuk Dalam Industri Ini…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Pertalian Darah Dengan Da’i Syed Bukan ‘Tiket’ Untuk Syed Iqbal Tumpang Populariti - “Kalau Orang Tahu Pun, Tetap…”
Bagaimanapun pendakwah berusia 30 tahun ini tidak mendedahkan usia kandungan isterinya.
Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana yang juga seorang pengacara pada 3 Disember 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.