,
Laman Utama

Usia Hampir 50 Tahun, Doktor Kata Nora Ariffin Boleh Tambah Anak Lagi - “Lebih Best Main Dengan Anak & Cucu”

Asyikin Mayudin
20/12/2022
08:55 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mendedahkan dia masih mampu untuk menambah cahaya mata lagi biarpun usianya hampir mencecah 50 tahun.
Bagaimanapun Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, berkata anak perempuannya iaitu Putri Nur Dahlia tidak mahu seorang lagi adik.
“Doktor kata boleh tambah lagi… Putri kata, no no! Tak nak. Cukuplah, bagi kat orang muda saja la,” kata Nora.
Penyanyi lagu Naluri itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan bersertakan gambar bersama cucu-cucu.
Menurut Nora lagi, dia hanya mahu menghabiskan masa bersama anak dan cucu selain menambah amal ibadah di usianya kini.
Malah menurut Nora, dia lebih bahagia menjalani kehidupannya kini dengan melayan dan menyokong suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.
“Lebih best main dengan anak-anak dan cucu. Usia 50 an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan dan sokong suami itu lebih baik,” tambahnya lagi.
Menerusi ruang komen di perkongsian tersebut, netizen pun memberi pendapat yang sama dengan mengatakan usia 40 tahun ke atas hanya fokus membesarkan anak sedia ada.
“Betul, masuk umur 40 pun bukan masa untuk mula balik tambah anak beranak kecil. Apatah lagi umur 50. Masuk umur 40 masa untuk besarkan anak sedia ada dan fokus tambah amal ibadah,” komennya.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017 dan pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun.
Sekitar Disember 2021, Nora selamat bernikah dengan kawan baik arwah suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli dalam satu majlis tertutup.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

gempak
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.
BorakSeeni