Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”

Firdaus
14/06/2024 15:10 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal menganggap tuduhan ke atas dirinya berkaitan mengulangi kesilapan membabitkan petikan hadis sebagai salah faham.

Tidak timbul isu

Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 40, menerangkan tidak timbul isu memetik hadis salah olehnya ketika bersiaran pada rancangan Salam Baitullah pada Khamis malam.

"Saya tidak sebut saya memetik hadis tetapi saya menyebut saya memetik kitab yang ditulis oleh Imam An Nawawi Al Bünyan’ı berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith yang menghuraikan (Syarah) Kitab Lubab Al Hadith.

"Beliau juga merupakan orang Melayu (Nusantara) yang menjadi imam Masjidil Haram.

"Mana mungkin Imam ini menulis perkara yang salah dan kalau saya saya memetik kitab itu maksudnya Imam itu juga melakukan Kesilapan. Imam ini dimakamkan perkuburan Ma'la," katanya.

Ustaz Don Daniyal menjelaskan perkara berkenaan semasa sesi sidang media yang berlangsung di restoran Smoked Kingdom by Don Daniyal, Putrajaya.

Berita Trending: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”

Berita Trending: Ustaz Don Daniyal Direhatkan RTM Terkait Isu Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW

Berita Trending: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

Berita Trending: Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

Berita Trending: Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"

Mengulas lanjut, Ustaz Don berkata apa yang dipetik itu bertujuan menggalakkan masyarakat memuliakan guru dan ia dipetik dalam kitab yang ditulis.

Dalam pada itu, Ustaz Don menyatakan dirinya memaafkan mana-mana pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

“Saya maafkan semua orang, sebab malu saya kepada Imam Syafie sebab Imam Syafie memaafkan semua orang yang menyebabkan beliau dipenjara.

“Saya baru sedikit sahaja, direhatkan. Tidak ada terguris di hati kerana saya mengasihi semua umat Nabi Muhammad SAW,” jelasnya.

Terdahulu, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan hadis dhaif dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1.

Membuat kemunculan semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memberi bayangan seolah-olah kecewa dengan tindakan pendakwah popular itu.

"Memandang kepada wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 kuda ke jalan Allah," katanya.
;