,
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

Amri Hassan
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Dedah Shiha, selain pernah dimasuki pencuri, pelanggannya kerap mengadu melihat restoran miliknya itu sentiasa bertutup.
"Selain daripada kejadian orang pecah masuk kedai, ada beberapa kejadian misteri yang berlaku. Pernah beberapa kali pelanggan saya mengadu tak nampak kedai ketika datang nak makan.
"Selalu dapat call, orang tanya buka kedai pukul berapa? Saya jawab buka kedai hari-hari dari pukul 11 pagi sampai 10 malam. Tapi ada yang datang tiga hari berturut-turut tutup. Speechless saya!
"Saya ada keluarga yang berniaga kedai makan juga, hal ini (mistik) tak boleh tak percaya. Apa saya boleh buat doa banyak-banyak moga Allah permudahkan semua," katanya kepada Gempak.
Shiha ditemui pada majlis pelancaran cawangan baharu restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Seksyen 7 Shah Alam pada Rabu.

BERITA TRENDING: Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

BERITA TRENDING: Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”

BERITA TRENDING: Shiha Zikir Tak Tiru Persembahan Artis K-pop - "Mungkin Kebetulan, Kalau Kita Berdiri Menyanyi Pun Semua Orang Buat"

Mimpi dibelit ular

Tambah Shiha lagi, dia juga kerap bermimpi buruk dililit ular berwarna hitam, namun tidak dapat dipastikan makna mimpi tersebut.

"Mimpi buruk itu selalulah. Saya mimpi ular hitam datang lilit saya, banyak ekor pula tu. Itu yang susah bila saya seorang yang terlalu 'easy going', mudah-mudahan tak ada apa berlaku.

"Saya banyak tanya ustaz, apa doa nak elak. Untuk buang saya belum hubungi mana-mana ustaz. Cuma saya sedih sebab sepatutnya bersainglah secara sihat.
"Rezeki masing-masing tapi masalah sekarang mungkin ada orang yang dah terbiasa buat benda tu (sihir). Nampak orang baru masuk, ok jom buat dia pula. Tak tahulah, banyak kali sangat berlaku," tambahnya.
Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam yang dilancarkan di Shah Alam merupakan cawangan kedua dan dijangka akan bertambah lagi di beberapa kawasan di sekitar Cheras.

BERITA TRENDING: Dikutuk Lagu Sendu, Kalam Dari Shiha Zikir Bertanding AJL 38

BERITA TRENDING: Shiha Zikir Cari Individu Pecah Masuk Kedai Nasi Ayam Miliknya - “Meh Sini nak Suap Nasi Ayam Meh”

BERITA TRENDING: AJL37: Alami Batuk Berdarah Seminggu Sebelum AJL, Shiha Zikir Nafi ‘Diganggu’; “Saya Dah Terfikir Cari Pengganti…”

BERITA TRENDING: “Biarlah Orang Nak Cakap Apa Pun, Asalkan... - Shiha Zikir

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
Hiburan

Pakaian Dalam Boleh Buat Kembung Perut, Hwasa Tak Kisah Imej Seksi Tidak Digemari Peminat

gempak
26/09/2024
05:25 MYT
Menurut pelantun lagu Maria itu, jika dia mengenakan pakaian dalam boleh membuatkan dia rasa kembung perut.
BorakSeeni