Hiburan
Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Beg Tangan Jenama Mewah Sebagai Tanda Penghargaan Buat Isteri
Penceramah Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun kelahiran ke-11 anak sulungnya, Airis Safiyyah Lew pada Sabtu.
Sempena hari istimewa itu, Ebit telah memberi hadiah istimewa kepada isterinya kerana telah melahirkan dan banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak.
Berdasarkan perkongsian video di Instagram, Ebit telah menghadiahkan beg tangan jenama mewah Christian Dior buat isterinya itu.
"I love you bidadariku, hari lahir anak, kena kiss dan terima kasih pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya.
"Terima kasih sudi menemani abang dalam hidup ini, terima kasih setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan penyejuk mata ini.
"Bulan Jun, hari lahir tiga orang saya sayang cintai di bulan ini, arwah mak, bidadari dan anak sulung," tulisnya sebagai kapsyen.
Tambah Ebit, isterinya tidak pernah mengeluh ketika berhadapan pelbagai kesusahan suatu ketika dahulu.
"Allah takdirkan perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini, semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh.
"Berjauhan, susah, penat, sakit kadang-kadang seorang diri saat saya tiada di rumah, Ya Allah maafkanlah saya, dulu semua emas isteri gadaikan, duit nak makan. pampers dan susu anak pun kadang-kadang tiada," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Ebit gembira melihat cara penceramah kesayangan mereka itu melayan isteri dan keluarganya.
Pada masa yang sama, ramai juga wargamaya yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Ebit sekeluarga.
Ketika sambutan hari lahir Airis di kediaman mereka Sabtu lalu, Ebit telah menghadiahkan iPhone 11 untuk anak sulungnya itu.
Sekadar info, Ebit dan isterinya mempunyai empat orang cahaya mata.
Must-Watch Video