Ha, berita terbaru yang Miss K dengar adalah daripada seorang rakan Miss K yang bernama Aiza.

Aiza ni memang seorang kaki stalker, suka benar dia mengintai aktiviti artis di laman sosial.

Dakwa Aiza, pengacara cantik, Uyaina Arshad dikhabarkan sedang rapat dengan penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran.

"Miss K, cuba kau siasat Uyaina dengan Syahiran tu. Aku rasa mereka tu sedang hangat bercintalah Miss K.

"Sebelum ni, aku selalu perhatikan Uyaina sering meninggalkan komen kat Instagram Syahiran. Komen-komen mesra gitu.



"Terbaru, aku tengok kat Instagram Uyaina, mereka datang wedding Mira Filzah bersama-sama. Sedondon pakai baju warna putih. Kau rasa? Apa bendanya tu?" dakwa Aiza.

Hmmm... Betul ke Uyaina dengan Syahiran bercinta? Atau mereka ni teman tapi mesra? Kalau bercinta pun apa salahnya, mereka pun single kan! Macam secocok je!

Miss K: Jangan lupa saksikan rancangan Ratu Hijabista yang diacarakan oleh Uyaina dan Fikry Ibrahim setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Prima (105) dan Prima HD (125).