Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

Khairil Khusyairi
19/09/2024 01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.

Uyaina Lali Kecaman

Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkata, dia sudah lali dengan makian dan kutukan netizen kerana ia adalah asam garam seseorang yang bergelar selebriti.

“Tak (terkesan), sebab saya bukan semalam baru ada dalam industri. Saya dah lali, ia satu kebahagiaan. Kecaman, makian, kritikan dan kutukan saya terima, Alhamdulillah.

“Saya juga pernah kena banned, perkongsian terbaharu saya tentang gangguan seksual yang pernah dialami seseorang ketika kecil dahulu ada dimuat naik di TikTok, tetapi ia dikatakan melanggar syarat komuniti. Platform lain okay,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Beri Kesedaran Bukan Jatuh Hukum

Tambah Uyaina, niatnya hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan bukan bidang kuasa untuknya menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’.

“Duit mereka, saya selalu percaya seseorang itu tidak bersalah jika belum didapati bersalah. Ini adalah syarat dalam undang-undang yang digunakan di mana-mana saja kepada sesiapa sahaja dan tidak kira siapa orang itu.

“Jadi, Alhamdulillah ada peguam secara probono, ada orang nak membela dia sebab itu adalah hak asasi yang diberikan kepada semua orang. Semua orang harus diberi peluang untuk pertahankan diri sendiri.

“Saya tak menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’. Itu adalah tugas mahkamah. Saya disini untuk beri kesedaran, sekali lagi saya ulang untuk beri kesedaran,” ujarnya.

Cakap Ikut Fakta

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan dia lantang bersuara dengan menggunakan fakta dalam menegakkan kebenaran.

Malah, Uyaina juga tetap berpegang utuh kepada prinsipnya iaitu hanya mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat.

“Ini adalah cabaran untuk memberi pendidikan, untuk masyarakat, bukan nak kata saya ini ada latar belakang undang-undang, ‘dengarlah cakap saya’. Anda tidak perlu menjadi seorang peguam untuk bersuara tetapi perlu ada otak.

“Perkara ini dah ada akta, bukannya saya yang buat, memang dah ada. Apa yang dilakukan menurut akta tersebut adalah salah. Siapa saya untuk cakap sesuka hati saya.

“Saya cakap berlandaskan fakta. Nak cakap saya terpaling atau apa, terpulanglah. Saya nak beri kesedaran. Kesedaran, itu sahaja,” tegasnya lagi.

Terdahulu, pemandu bas atau lebih dikenali sebagai 'Abang Bas' didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000 pada Selasa.

Susulan itu, keluarga abang bas dilaporkan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka.

Biarpun peguam mewakili Abang Bas iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar tidak memetik nama mana-mana pihak, namun netizen bertindak melulu dengan memetik nama Uyaina Arshad dan beberapa selebriti lain di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

#Kanak-Kanak #Uyaina Arshad #Peguam #Undang-Undang #Fakta #Kes #Tindakan #Abang Bas
;