,
Viral

Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

Asyikin Mayudin
06/09/2024
23:55 MYT
Isu melibatkan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang memuat naik rakaman video penumpang murid sekolah rendah di TikTok turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Uyaina Arsyad.

Undang kesalahan jenayah lain

Uyaina menerusi komen di artikel Gempak menganggap tindakan merakam orang lain tanpa kebenaran terutama kanak-kanak dan dijadikan konten boleh mengundang pelbagai kesalahan jenayah lain.

“Pendapat peribadi saya, sangat tidak ok untuk rakam orang sesuka hati terutamanya kanak-kanak sebagai konten. Mungkin abang pemandu bas tu orangnya memang baik (walaupun agak aneh buat content crush dekat budak2).

“Tapi kita tak tahu berapa ramai orang yang berniat tidak baik dan melihat video kanak-kanak tu, dan boleh menyebabkan perkara yang tak dingini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Bengang Pemandu Bas Anggap Murid Sekolah Sebagai ‘Crush’, Menteri Minta Ambil Tindakan

“Orang jahat boleh aim budak-budak itu. Ikut budak-budak tu. Dan pelbagai kesalahan jenayah lain boleh terjadi berpunca daripada 'kan cuma record saja!’,” kongsi Uyaina.

Puji netizen berani suarakan

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga memuji sikap netizen yang berani menyuarakan isu tersebut.

“Bagus netizen Malaysia bersuara tentang perkara ini. Benda tak ok. Jangan normalisasikan benda ni,” ujar Uyaina lagi.

Menerusi laporan Gempak pada Jumaat, pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dikecam Ulas Isu 'Abang Bas', Nani Roslan Mahu Sebar Kesedaran - "Lebih Kepada Sedih & Kecewa Bila Ada Ibu DM Minta Saya…"

gempak
16/09/2024
08:55 MYT
Personaliti Nani Roslan berpendapat terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih belum ada kesedaran diri untuk menerima kenyataan mengenai undang-undang melibatkan kanak-kanak.
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

gempak
12/09/2024
03:55 MYT
Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.
Berita

Kongsi Emak Menanggung Rindu, Kakak Buka Tabung Untuk Jamin Abang Bas

gempak
11/09/2024
11:25 MYT
Dalam perkongsian di Facebook, Zarina terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membantu keluarganya dalam mengumpulkan dana.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.