Australia meluluskan penggunaan vaksin Novavax untuk individu berumur 18 tahun ke atas pada Isnin, menjadikannya vaksin Covid-19 keempat selepas AstraZeneca, Moderna dan Pfizer.
Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai Imunisasi (ATAGI) telah mengesyorkan dua dos vaksin Novavax dengan selang masa sekurang-kurangnya tiga minggu antara dua dos berkenaan, menurut Xinhua.
Kerajaan telah memesan sebanyak 51 juta dos vaksin Covid-19 Novavax untuk kegunaan pada Februari, kata Menteri Kesihatan Greg Hunt.
"Kita akan memulakan program itu pada minggu 21 Feb," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Australia pada Isnin melaporkan lebih daripada 40,000 jangkitan komuniti dan 58 kematian dengan 24 kes di New South Wales, 17 di Victoria, 13 di Queensland dan masing-masing dua di Australia Selatan dan ibu negara Australia, menurut angka jabatan kesihatan negeri dan wilayah.
Hunt berkata terdapat tanda-tanda gelombang jangkitan Omicron di Australia telah meningkat di beberapa kawasan, dengan kadar kemasukan ke hospital dilihat stabil.
"Jadi, ini detik penting di mana kita melihat, tanda-tanda jelas bahawa gelombang Omicron, sekurang-kurangnya di New South Wales, Victoria, dan ACT telah memuncak," katanya.
Mulai Isnin, berjuta-juta penerima bantuan kebajikan layak menerima ujian antigen pantas (RAT) secara percuma.
Sumber: BERNAMA
Gempak
Mon Jan 24 2022

.jpg?ext=.jpg)
Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?
Terlepas cerita hari ini?
.jpg?ext=.jpg)
Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”
Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.