Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Ada Paparazi Cuba Sabotaj! Perancang Perkahwinan Dedah Transformasi Rumah Keluarga Noor Nabila Jadi Dewan - "Biar Pun Mahal Tapi Kualiti Mantap"

Zulaikha Yusof
22/03/2021 02:30 MYT
Perancang perkahwinan mewah terkemuka iaitu Reka Teemor mendedahkan rumah kosong milik keluarga adalah lokasi di mana majlis perkahwinan kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila bersama pasangannya, Engku Emran Engku Zainal Abidin diadakan.

Menerusi Instagram (IG) Reka Teemor, mereka telah ditugaskan untuk menghias rumah tersebut menjadi sebuah mini dewan.

Katanya, proses tatarias yang dilakukan itu hanya mengambil masa selama 12 jam.

"Ramai yang bertanya kami di manakah lokasi rahsia majlis meraikan pasangan Noor Nabila dan Engku Emran. Ada paparazi cuba snap dari kereta dan pusing sebanyak lima kali untuk mengambil quick shot namun hampa.

"Hari ini kami nak kongsi bagaimana rumah kosong kepunyaan keluarga Nabila telah ditukar persis mini dewan yang cukup romantis.

"Dalam masa 12 jam, rumah ini ditatarias sederhana namun setiap ruang rumah sesuai dijadikan background outfit of the day (OOTD)," tulisnya.

A post shared by REKA TEEMOR (@rekateemor)


Sementara itu, ibu kepada Jebat Jayden Ahmad ini turut menitipkan ucapan terima kasih atas usaha merealisasikan impiannya dan menyatakan Reka Teemor adalah pilihan utama dalam kalangan ahli keluarga.

"Terima kasih Faiz dan Mumtaz dan semua tenaga kerja Reka Teemor yang bertungkus lumus transform rumah ni.. Kami suka dengan sentuhan anda.

"Adik beradik kita memang sign contract dah dengan Reka Teemor kan," tulisnya di IG miliknya.

Pada Jumaat lalu, Nabila dan Engku Emran sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini

BACA: "Kami Tak Pernah Bertunang Tapi Mula Berkawan Sejak..." - Noor Nabila, Engku Emran Mahu Keberkatan Dalam Rumah Tangga


Baru-baru ini, hubungan mereka hangat diperkatakan selepas masing-masing kerap memuat naik foto berbasikal bersama, sehinggakan mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

Manakala, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.


Instagram: @rekateemor




#Kahwin #Noor Nabila #Engku Emran #Reka Teemor #Lokasi
;