gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Kurang Menyengat! Darling, Scha Nuril, Melinda Dadew & Max Brandon ‘Fall’ Di Minggu Suku Akhir
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Gitar Beri Didie Shazry Lebih ‘Aura’ - “Audi Pun Pernah Cakap…”
VIRAL
Ramai Gembira Semua MRSM Cuti Hari Ni!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Kami Tak Pernah Bertunang Tapi Mula Berkawan Sejak...” – Noor Nabila, Engku Emran Mahu Keberkatan Dalam Rumah Tangga

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
19/03/2021
03:57 MYT
Sponsor Banner
“Kami Tak Pernah Bertunang Tapi Mula Berkawan Sejak...” – Noor Nabila, Engku Emran Mahu Keberkatan Dalam Rumah Tangga
Pasangan pengantin, Noor Nabila dan Engku Emran mengesahkan majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada pagi tadi (Jumaat).
"Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Majlis diadakan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan.
"Kami hanya buat yang wajib sahaja dan secara sederhana. Majlis hari ini pun hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja.
“Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini," kata Nabila.
Dalam pada itu, Nabila turut menafikan khabar angin kononnya dia dan Engku Emran mengikat tali pertunangan sebelum ini.
"Kami tak pernah bertunang seperti yang dicanang-canang tu. Saya mula mengenalinya (Engku Emran) sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
"Kami mula rapat sekitar hujung tahun lalu dan turut berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal," katanya.
Bercakap mengenai suaminya, Nabila tidak menduga ianya akan berakhir dengan satu ikatan istimewa.
"Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
"InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain," katanya.
Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Nikah
#Noor Nabila
#Engku Emran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement