“Sisthur (sister) caught in 4k”.

Begitu antara usikan wargamaya kepada seorang penonton wanita selepas aksinya merakam penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ariff Aiman tular di laman TikTok semalam.

Video yang dimuat naik pengguna @AsyrafNasir memperlihatkan wanita tersebut secara diam-diam merakam Ariff dengan menggunakan telefon bimbit dari arah sisi belakang pemain itu.

Ketika itu, Ariff baru sahaja dikeluarkan dari padang pada minit ke 77 perlawanan dan kemudian terus ke bangku pemain untuk berehat.

Lebih melucukan, reaksi muka yang dipamerkan wanita berkenaan seakan terlalu fokus sehingga ‘berkerut’ pada bahagian dahi dan keningnya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas jelas terhibur dengan tindakan wanita berkenaan.

“Hahaha akak ni boleh jadi paparazzi.

“Muka akak itu betul-betul main peranan ya.

“Mohon tuan badan munculkan diri, ramai mencari dah ni haha,” antara balas wargamaya.

Malam tadi telah berlangsung perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA 2022 menyaksikan pasukan JDT FC menentang Penang FC.

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu telah menyaksikan pasukan JDT layak ke pusingan akhir selepas berjaya menewaskan pihak lawan dengan keputusan penuh 6 berbalas 1 jaringan gol.

@asyrafnasir3 habislah satu malaysia nampak #jdt #arifaiman #facup #penang ♬ 原聲 - 邁秋斯 - ›阿湯賢‹