Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan yang dia mengambil masa selama seminggu untuk menerima petunjuk daripada Allah SWT berhubung situasi sebenar keadaan rumah tangga bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram yang dijalankan bersama usahawan Neelofa baru-baru ini, Puteri Sarah berkata, dia mendapat petunjuk berkenaan selepas berdoa dan meminta kepada Yang Maha Esa.

@amyqashrina kuatnya seorang wanita apabila diuji. Masih mampu tersenyum untuk orang lain.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #syamsulyusof #selebriti #viral @Amy Qashrina II ♬ original sound - Amy Qashrina II - Amy Qashrina Legacy

“It took me one week untuk Allah tunjuk semua. Macam Allah buka hijab saya… Macam CSI, zing dapat tahu,” katanya.

Neelofa bertanya, bagaimana cara berdoa yang betul untuk mendapat petunjuk yang sebenar.

Puteri Sarah menjawab: “Berdoa kena cara yang betul. Contohnya, sebelum ini saya selalu berdoa ‘Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikan aku kekuatan’.

“Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak. Sebab Allah nak uji kita. Bila Allah bagi ujian, kita kuat. Memang itu saya dapat.

“Sepatutnya, kita berdoa, ‘Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi segala masalah yang ada.’ Barulah kita tenang dan sabar.

“Masa kita minta kita kuat, yes memang saya dapat kekuatan. Tapi betul-betul Allah uji,” katanya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan perceraian dengan suami pada Isnin lalu dengan tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.