Laman Utama

[VIDEO] Berpelukan Di Genting Highlands, Aliff Aziz & Intan Najuwa Curi Tumpuan - “Shooting Drama, Jangan Salah Faham”

Azwa Rahman
13/07/2022
22:40 MYT
Pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa mencuri perhatian ramai apabila sebuah rakaman video pasangan itu berada di kota keriangan Genting Highlands tular di laman sosial.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @lovethv_ memuat naik video aksi dua pelakon itu saling berpelukan sambil Intan memegang tangan Aliff.
Meraih pelbagai tanda tanya dan spekulasi wargamaya, perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter yang mengandingkan Aliff dan Intan sebagai pelakon utama.
“Diorang shooting drama jelah. Jangan salah faham #biasalahdramamelayu,” tulis penguna tersebut.
@lovethv___ Nahh dtg genting jumpa retis retis mane ni?‍? #fyp #viral ♬ ชอบเธออ่ะ - K.Story009
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang variasi reaksi yang berbeza daripada wargamaya.
Dalam pada ramai yang tidak menyangka pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu bersentuhan dengan pelakon wanita, tidak kurang juga timbul rasa respek pada Aliff yang sentiasa membawa isterinya, Bella Astillah ke set penggambaran.
@Amin & Iyda :Semoga Allah sentiasa pegang hati si lelaki untuk terus berpegang teguh dengan niat berubah demi isteri dan anak-anak.”
@Akid Shaharuddin:Ingat aliff betul-betul berubah. Betul la kan Allah maha bolak-balikkan hati manusia.”
@BUNGA APRIL:Huishhh kalau aku jadi bini dia. Tak sanggup duh kena shooting gini.”
@Aien Risya:Tapi Aliif pergi shooting dia bawak wife dia. Itu yang respect dengan Aliff.”
@ikmalmorata_:ni la cabaran bile berkahwin dengan pelakon.. hati kene kental.”
@???????????:lahh Aaliff, dah berubah tapi why shooting macam tu? hmm.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.
Jodohku Babysitter merupakan drama 20 episod adaptasi novel karya Nureen Ahmad yang akan mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain daripada Aliff dan Intan, drama itu dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman dan Tayha Nazira.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

gempak
20/07/2024
00:13 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.