Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tampil memberi penjelasan tentang imej terbaharu anak perempuannya yang dikenali sebagai Cik B yang berambut pendek seperti lelaki.

Imej rambut menyerupai kaum lelaki itu telah mendapat kecaman netizen sejak Cik B memuat naik foto terbaharunya di media sosial minggu lalu.

Vida meminta agar semua pihak memberi ruang dan masa buat anaknya yang kini berusia 17 tahun untuk meneroka zaman remajanya seperti anak-anak yang lain seusianya.

"Nakal anak mama yang hebat ni. Bagi masa untuk Cik B biar dia buat apa yang dia suka explore zaman kanak kanak dan remaja.

"Cik B membesar tak sama macam orang lain . Saya dah bagi dia handle bisnes

Salmon Skin Salted Egg," katanya.

Vida berkongsi penjelasan itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, Vida membuat naik video terbaharu bersama Cik B dengan imej berambut pendek itu.

Kemas kini itu turut mendapat kecaman pengikutnya yang memberi pelbagai reaksi termasuk meminta Vida mendidik anaknya supaya berimej sopan seperti seorang wanita.

"Bukan sekadar tak menutup aurat malah menyerupai lelaki," komen salah seorang netizen.

"Vida kena bentuk Cik B dari sekarang sebelum terlambat," nasihat salah seorang warga maya.

"Perwatakan Cik B ke arah tomboy," dakwa salah seorang warga net.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)