Beberapa hari lalu tular berita mengenai seorang pendakwah bebas yang ditahan oleh pihak polis selepas disyaki atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Kisah itu mengejutkan ramai pihak dan susulan dari itu seorang wanita tampil mendedahkan kronologi kononnya tentang hubungan remaja perempuan tersebut dengan penceramah berkenaan.

Menerusi akaun TikTok milik pengguna bernama @qayqay, dia mendakwa dirinya kenalan kepada ibu mangsa remaja berkenaan sebelum menceritakan semula perkenalan awal antara gadis terbabit dan penceramah bebas itu.

Wanita itu mengatakan pada mulanya anak rakannya itu bertanyakan mengenai hal keagamaan di Instagram (IG) sebelum penceramah bebas berkenaan memberikan nombor telefon kepadanya.

"Mangsa follow ustaz ni di IG then DM tanya soal agama. Ustaz bagi no telefon katanya jarang buka DM. Sampai 1 hari ustaz ni umpan cuba teka umur kalau betul dia nak belanja makan.

"Budak mentah macam tu, apa dia tahu? Dia seronoklah dapat keluar dengan orang yang famous," tulisnya.

Dalam video yang berbeza, pengguna itu mendakwa penceramah bebas dan remaja perempuan itu telah melakukan hubungan intim beberapa kali atas dasar suka sama suka.

"Pada mulanya memang suka sama suka. Mungkin sebab itu jadinya berkali-kali tapi bila kantoi dengan family ada ke orang tua yang berdiam diri tanpa tuntut keadilan?

"Umur 14 tahun patutnya didik untuk jauh dari larangan agama. Mana ahkhlak dia bila chat kita sendiri pun jijik nak baca

“Kedua-duanya salah termasuk si gadis kerana terpedaya dengan janji manis seseorang bergelar penceramah bebas membabitkan keagamaan. Biar polis jalankan siasatan.”tulis pengguna tersebut.

Selain itu, dia juga menyindir perbuatan terkutuk ustaz berkenaan dengan mengatakan lelaki itu hanya pandai memberi ceramah sedangkan diri sendiri perangai bertopengkan iblis.

Justeru, difahamkan pihak keluarga mereka membuat laporan polis untuk setiap perbuatan ustaz berkenaan.

Terdahulu, penceramah bebas yang dikatakan berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
@omyqay

♬ Allah Allah Aghisna - Nazwa Maulidia
@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia?? #allahuakbar ♬ original sound - Fathi Naim
@omyqay #pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia?? ♬ original sound - Fathi Naim
@omyqay Doakan semua ??#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #allahuakbar #tiktokmalaysia?? ♬ Allah Allah Aghisna - Nazwa Maulidia