Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi satu video mencemaskan apabila bot dinaiki petugas kesihatan dikatakan terbalik.

Namun begitu, bot tersebut berjaya diselamatkan hasil bantuan penduduk Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Pahang.

“Syukur Alhamdulilah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada penduduk Kg Bantal, Ulu Tembeling kerana menyelamatkan bot kesihatan yg terbalik & 3 petugas kesihatan.

“Inilah risiko petugas kesihatan memberikan perkhidmatan kepada rakyat di pendalaman satu usaha fisabililah,” katanya.

Video tersebut dimuat naik menerusi satu posting terbaru di Twitternya, malam tadi.

Menerusi video berdurasi 45 minit itu, kelihatan beberapa penduduk menggembleng tenaga membuang air yang memasuki bot petugas KKM tersebut.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kerana pantas menyelamatkan bot berkenaan.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga meminta supaya peruntukan bot yang lebih baik diberikan kepada petugas.