gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO] “Busana Pernikahan… Rahsia Kami Simpan Penuh Rasa Hormat” - Seth & Luna Sahkan, Nad Zainal, Ungku Ismail Kini Suami Isteri

Mya Amri
Mya Amri
29/01/2023
04:18 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Busana Pernikahan… Rahsia Kami Simpan Penuh Rasa Hormat” - Seth & Luna Sahkan, Nad Zainal, Ungku Ismail Kini Suami Isteri
Pereka fesyen duo di bawah label Seth & Luna mengesahkan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini bergelar suami isteri.
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram milik label tersebut hari ini.
Menurut Seth & Luna, mereka terharu diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menhasilkan busana pernikahan pasangan selebriti itu.
“Bermula sebagai clientele SETH&LUNA dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan di atas tujuh tahun kami bersahabat.
“Bermula dari brand yang tidak begitu dikenali beliau sudah mula mempercayai hasil kerja kami baik dari busana majlis sehingga ke adibusana perayaan.
“Setelah lebih tujuh tahun, berbagai ujian yang dihadapai… Sempat berlinang air mata dan berkirim doa.
“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat,” kongsi kenyataan itu.
View this post on Instagram
A post shared by SETH&LUNA (@sethandluna_malaya)
Dalam hantaran yang sama, Seth & Luna juga turut mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru @nad.zainal & @ungkuismailaziz
“Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah. Kami sayang mu tau bestie,” tulisnya.
BACA: [VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…?
Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Sepanjang pelakon drama Cina Buta itu di hospital, Ungku menjadi orang paling rapat yang berkongsi mengenai perkembangan aktres itu.
Malah, Ungku juga melancarkan tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad bagi menampung kos rawatan sejak aktres itu dirawat di ICU.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Nad Zainal
#Ungku Ismail
#Seth&Luna
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement