"Cantiknya, macam Elfira Loy," demikian antara komen yang ditulis pengguna media sosial usai pempengaruh Ratu Farah Diva disolek oleh Datuk Alha Alfa semalam.
Video yang tular di platform TikTok itu memaparkan siri Ratu Farah Diva melalui proses transformasi solekan ala puteri oleh jurusolek terkenal itu.
Malah, kedua-duanya tak henti bercanda sepanjang tempoh Alha Alfa mengoles solekan ke wajah Ratu Farah Diva secara berperingkat dalam sesi siaran langsung platform tersebut.
Selain disolek cantik, Ratu Farah Diva turut dipersiapkan dan dipakaikan tiara di kepalanya hingga pada akhir proses transformasi itu.
Menjadi trademark Ratu Farah Diva, kedua-duanya saling berbalas pick up line yang ternyata mencuit hati netizen selepas selesai sesi rias wajah.
Puji netizen lagi, sentuhan Alha Alfa itu ternyata membuahkan hasil luar biasa dan mengubah pesona Ratu Farah yang selama ini dipertontonkan di platform digitalnya.