,
Viral

Video Comel Kanak-Kanak Curi Popcorn Putera Harry Ditonton 15 Juta Kali

Amri Hassan
03/10/2017
05:07 MYT
Memang mencuit hati! Gelagat seorang kanak-kanak perempuan 'mencuri' bertih jagung dari tangan Putera Harry minggu lepas ketika perlawanan bola tampar antara United Kingdom dan Denmark mendapat perhatian netizen.
Aksi melucukan itu telah dimuatnaik di saluran Youtube The Royal Family Channel dan sehingga kini sudah ditonton lebih 15 juta kali dan mendapat lebih 7,000 komen.
Emily Henson, 2, dilihat dengan selambanya mengambil bertih jagung dari pegangan Putera Harry yang sedang leka berbual-bual dengan kapten pasukan Invictus Games United Kingdom, Dave Henson di sebelahnya.
Emily ketika itu sedang berdiri di riba ibunya, Hayley Henson, yang duduk sebelah kanan Putera Harry.
Setelah kantoi, Putera Harry membuat ekspresi muka melucukan kepada Emily.
Ramai yang memuji keletah Putera Harry dan Emily lantas menyifatkan beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang bapa yang penyayang.
"Dia akan menjadi seorang bapa yang sangat mengambil berat dan penyayang," tulis Angeliquelovely di ruang komen Youtube.
Untuk rekod, kemunculan Putera Harry ke acara sukan Invictus Games di Toronto, Kanada, pada minggu lalu merupakan kemunculan sulung beliau bersama kekasihnya, Meghan Markle di hadapan khalayak umum.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Youtube The Royal Family Channel
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni