Viral

Video ‘Dekat Dengan Fatin…’ Jadi Bahan Jenaka, Content Creator Akui Kesilapan - “Pendekatan Saya Sampaikan Mesej Itu Agak Salah”

Asyikin Mayudin
24/06/2024
06:55 MYT
Pencipta kandungan iaitu Fatin Nabila tampil menjelaskan mengenai video ‘dekat dengan Fatin… selesa tak’ yang menjadi bahan jenaka di laman sosial.

Akui Kesilapan

Terima banyak respons, Fatin memberitahu niat sebenarnya berkongsi video tersebut hanya ingin menyampaikan mesej mengenai kehidupan namun menyedari pendekatan yang digunakan tidak bersesuaian.

“Saya ada post video yang ‘dekat dengan Fatin. Selesa tak’ dan saya nampak ramai beri respons, react terhadap video tersebut.

“Dengan izin Allah, dengan bantuan Allah, satu-satunya niat saya buat video itu, saya nak sampaikan mesej yang jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Isteri Kelihatan Berisi, Prince Syed Dedah Orang Rumah Hamil Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

“Namun saya sedar, pendekatan saya di mana saya sampaikan mesej itu agak salah. Agak tidak sesuai dari segi suara, muka yang betul-betul dekat dengan skrin.
“Jadinya, dengan rendah diri saya sangat minta maaf atas kesilapan yang saya lakukan,” kata Fatin menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Pada perkongsian yang sama, Fatin berkata dia banyak belajar dari apa yang berlaku dan akan memperbaiki kandungan dan pendekatan lebih baik.
“Banyak benda yang saya belajar dari situasi yang berlaku. Terutama dari segi suara, ekspresi muka, saya akan perbaiki lebih baik. Insya-Allah akan datang, saya akan keluarkan bahan yang lebih berkualiti yang lebih baik.
“Saya banyak belajar tentang perkara yang boleh dan tak boleh dalam mana kita buat content. Saya sebagai muslim, Insya-Allah akan jaga lebih baik, lebih teliti, dari segi proses itu sendiri sebelum saya kongsi video,” ujarnya.

Ucap Terima Kasih

Dalam pada itu, Fatin turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan komen positif dan negatif.
“Terima kasih untuk semua komen yang positif, terima kasih juga untuk komen negatif. Saya banyak belajar dari apa yang berlaku, saya akan cuba perbaiki diri dengan bimbangan orang yang bersama saya dan anda semua.
“Saya akan terus fokus untuk bahan yang baik dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang, dengan cara lebih baik,” ujarnya.
Terdahulu, Fatin terpaksa memadam video di aplikasi TiKTok selepas usaha dakwah yang dibuatnya menjadi bahan jenaka segelintir pihak.
Dialog yang digunakan bagaimanapun menjadi bahan jenaka apabila segelintir TikToker membuat parodi dengan menghasilkan video merapatkan wajah mereka dengan skrin yang memaparkan muka Fatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah! - "Kawan-Kawan Pun Cakap ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Suka & Takut Tengok Bulu Mata Siti Badriah, Suami: “Too Much Dangdut Sangat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu & Bapa Restu Andai Aliff Aziz & Ruhainies Berjodohan? - "Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan"

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ini Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Bernilai RM1.7 Juta Sempena Hari Jadi, Dihantar Dengan Trak Lutsinar!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Fatin Afeefa ‘Meluat’ Tengok Muka Sendiri Asyik #Fyp TikTok - “Kalau Saya Tengok Pun, Nak Muntah…”

gempak
07/01/2023
04:55 MYT
Fatin pun dah rimas tengok video muka sendiri...