Laman Utama

[VIDEO] "Dia Sanggup Simpan Sendiri, Setitik Air Mata Pun Tak Keluar" - Rahsiakan Sakit, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Sissy Iman

gempak
Shahrin Zulkifle
16/10/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Dia Sanggup Simpan Sendiri, Setitik Air Mata Pun Tak Keluar" - Rahsiakan Sakit, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Sissy Iman
Ayah kepada penyanyi Sissy Iman, Mohammad Kamil Mustaffa menyifatkan anaknya sebagai seorang insan yang kuat semangat dan baik hati.
Jelas Kamil yang juga mesra disapa ayahanda, disebabkan tidak mahu membuat dirinya risau, anaknya itu sanggup untuk merahsiakan jenis sakit yang dihadapinya.
“Dia seorang anak yang sangat kuat dan saya bersyukur mempunyai anak seperti dia. Dia jugalah penjaga mak ayah.
“Sehari sebelum bedah dia jumpa doktor, bila saya tanya kenapa jumpa doktor, dia kata jangan risau, dia baik-baik sahaja jawabnya. Apa jenis sakit yang dialami pun dia tak nak beritahu saya.
“Sedikit air mata pun tak keluar, saya dengan ibunya sudah menangis air mata berjurai-jurai tengok dia masuk bilik pembedahan pada 15 haribulan itu, kuatnya anak saya.
“Dia punya tahap tak nak saya risau, dia sanggup berdiam diri dan simpan sendiri. Katanya hanya pembedahan kecil, bila dia kata begitu, macam manalah saya tak menangis, saya sedih dan risau,” ujar ayahanda ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, ayahanda turut meluahkan rasa syukur kerana pembedahan anaknya itu telah berjalan dengan selamat.
Terdahulu pelantun lagu Pesanan Ayahanda itu memaklumkan dirinya akan ditidurkan seketika bagi menjalani satu pembedahan pada 14 Oktober lalu.
BACA: “Saya Akan Ditidurkan Seketika…” – Sissy Iman
Sementara itu, ibu kepada peserta Big Stage musim pertama, Zuraidah Yazid berkata, keadaan Sissy semakin stabil dan hanya perlu menjalani rawatan susulan.
“Alhamdulillah keadaan Sissy stabil dan masih dalam tempoh pemulihan, semakin baik.
“Dia boleh makan, boleh jalan. Saya galakkan dia banyakkan bergerak. Doktor kata dah boleh balik, jadi dia berehat di rumah sahaja, tiada yang teruk.
“Rawatan susulan akan tetap dilakukan dan dikawal oleh doktor,” katanya.
Sementara itu, Sissy turut memuat naik satu hantaran video di Instagram yang berkongsi keadaannya sudah selamat menjalani pembedahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024