[VIDEO] Dikatakan Terlalu Kurus Sehingga Nampak Seperti Sakit, Ini Respons Fasha Sandha - “Tak Sakit Pun Tapi Hati Agak…”
Asyikin Mayudin
30/06/2023 09:50 MYT
30/06/2023 09:50 MYT
Penampilan pelakon cantik Fasha Sandha yang kini semakin langsing menjadi perhatian netizen di laman sosial yang rata-ratanya memuji aktres itu pandai menjaga bentuk badan.
Bagaimanapun terdapat seorang netizen yang menganggap Fasha semakin kurus dan menyebabkan aktres itu kelihatan seperti sakit.
“Kenapa kurus sangat? Nampak macam sakit pula,” komen netizen.
Tampil membidas komen tersebut, Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
“Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang asyik kata saya sakit. Alhamdulillah saya sihat,” balas Fasha menerusi laman TikTok miliknya.
Rata-rata netizen meminta Fasha untuk menghiraukan saja komen tersebut selain memuji aktres berusia 39 tahun itu kini kelihatan lebih cantik dan awet muda.
“Dah kurus nampak muda gila… lawa teruk.
“Tak nampak sakit pun, nampak kurus dan cantik… idaman para mak-mak.
“Pedulikan… saya pun nak kurus macam ini nanti. Senang nak bergerak dan beribadah.
“Kenapa kalau orang berisi tiba-tiba kurus orang kata sakit. Padahal kita berseri saja,” komen netizen.
Terdahulu, Fasha mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.
Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam manakala, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.
ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Netizen Tuduh Fasha Sandha Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus Minta Maaf - “Jangan Sedap-Sedap Mengata”
ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Mesra Fasha Sandha Dengan Nora Danish, Netizen Pula Lebih Tertarik Dengan Komen Jejai
undefined