gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Akhirnya Netizen Tuduh Fasha Sandha Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus Minta Maaf - “Jangan Sedap-Sedap Mengata”

Izwan Isa
Izwan Isa
01/06/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya Netizen Tuduh Fasha Sandha Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus Minta Maaf - “Jangan Sedap-Sedap Mengata”
Selepas menanti sekitar tiga jam, individu yang menuduh Fasha Sandha melakukan pembedahan bariatrik akhirnya memohon maaf.
Fasha menerusi kemas kini di Instagram berkata, dia bertindak memaafkan individu yang dikenali sebagai Hanis Syafiqah itu agar dapat dijadikan iktibar pada masa akan datang.
“Selepas tiga jam. Permohonan maaf terbuka daripada @sizuka_momoshi / Hanis Syafiqah seorang nurse.
“Saya Maafkan, hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan Ikhtibar. Agar tidak berlaku pada orang lain terhadap artis lain juga,” katanya.
BACA: Dah Bayar RM33,000 Tapi Vida Tak Jadi Buat Pembedahan Bariatrik - "Syukur, Allah Masih Sayang Saya..."
Fasha menambah, seseorang itu sepatutnya mendapatkan fakta yang tepat sebelum meninggalkan sebarang komen.
“Dapatkan fakta sahih sebelum komen. Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapa pun. Jangan sesekali menyalahgunakan sosial media. Negara ada undang-undang.
BACA: Tak Sorok Pembedahan Bariatrik, Peminat Seronok Tengok Perubahan Aishah - "Antara Artis Yang Jujur"
“Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi tentang isu ini kerana saya dah pun maafkan dia. Terima kasih,” tutupnya.
Terdahulu, Fasha menggesa Syafiqah terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas wanita itu meninggalkan komen di Instagram dengan kenyataan bahawa Fasha menjalani pembedahan bariatrik sehingga kelihatan kurus.
Menurut Fasha, ibunya juga merupakan salah seorang yang menjalani pembedahan berkenaan kerana mengalami masalah kesihatan dan nasihat doktor.
Topic Berkaitan
#Fasha Sandha
#Minta Maaf
#Pembedahan Bariatrik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement