Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Datin Red tampil dengan kata-kata seolah sedang memendam sesuatu.

Malah isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih popular dengan gelaran Datuk Red itu turut berkongsi mengenai satu falsafah hidup yang perlu dilihat dan difahami oleh semua.

"Terlihat tenang, namun banyak cerita yang dipendam sendirian.

"Setiap yang berlaku dalam hidup ni, tiada silap. Yang silap bagaimana kita melihat dan memahaminya," tulisnya dalam kapsyen.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut memberi pelbagai reaksi termasuk statusnya sebagai isteri yang dimadukan.

Malah tidak kurang juga memuji sikap Datin Red sebagai isteri yang tidak pernah membuka aib suami.

"Sama saya Datin, nampak tenang tapi saya pendam. Saya dimadu dalam diam selepas 30 tahun berkahwin," kongsi salah seorang pengikutnya.

"Ini baru dikatakan bagus, boleh dicontohi. Dia tak pernah buka aib suami. Tak pernah bercerita pada public keburukan suami," puji salah seorang netizen.

"Salah seorang wanita yang kuat," komen salah seorang warga maya.

Datin Red dimadukan selepas Adira berkahwin dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Terdahulu, Datuk Red sudah mempunyai lima orang anak bersama isteri pertama.

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)