Berita
Video Dramatik Persembahan Seventeen Dibadai Tsunami Tular
Sebuah video yang memaparkan saat-saat dramatik persembahan band popular Indonesia, Seventeen, dibadai ombak tsunami, menjadi perkongsian tular di laman sosial.
Band itu dilaporkan memenuhi jemputan dalam sebuah majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.
Dalam video itu, dapat dilihat bagaimana pentas roboh selepas dibadai ombak yang datang dari bahagian belakang pentas.
Pemain bass mereka, Bani disahkan terkorban. Manakala tiga lagi anggotanya Andim Herman dan Ujang masing hilang.
Seventeen ditubuhkan pada 1999 dan dianggotai Bani, Ifan, Andi, Herman dan Ujang. Mereka telah melahirkan empat buah album setakat ini.
Di Malaysia, mereka pernah popular dengan lagu hit berjudul Selalu Mengalah.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video