Drama Gempak Original Series, The Maid 2 bakal melabuhkan tirai dengan episod akhir hari ini.

Menerusi episod yang lalu bekas madu Jay, Suhana dan kawan-kawannya yang lain berjaya lepaskan Inspektor Kasri dari bilik kuruangan.

Paling mengejutkan Remy dapat satu petunjuk baru mengenai identiti pembunuh Jay yang sebenarnya.

Malah Remy telah pasang perangkap dan akhirnya berjaya dapat tangkap serta dedahkan siapa pembunuh Jay yang sebenarnya.

Pada babak akhir Suhana, Nadia dan Fika sedang borak serta lega kes sudah selesai. Jenazah Jay sudah selamat tanam dan Qina sudi serahkan balik rumah mereka yang dirampas Jay.

Paling lucu, Suhana, Nadia dan Fika juga bersedia untuk perkenalkan kekasih baru mereka, iaitu Inspektor Kasri! Kasri mengaku dia sudi kahwin mereka bertiga?

Banyak perkara menarik yang berlaku dalam episod akhir The Maid 2 kali ini dan apa yang paling penting terbongkar siapa pembunuh Jay setelah sekian lama melalui penyiasatan.

Saksikan The Maid 2 episod akhir pada jam 9.30 malam ini melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Musim kedua drama ini menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Dalam The Maid terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Mr Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.

Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Selain itu, Video Pengakuan The Maid 2 (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.