Laman Utama
[VIDEO] Fuad Rahman ‘Cari Fasal’ Dengan Pemuzik GV9, Ada Kisah Di Sebalik Persembahan Lagu ‘Laila Namamu Teratas’ - “Berderau Darah Aku…”
Nampak sempurna sepanjang tiga minit membuat persembahan namun ada kisah di sebalik nyanyian peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) Fuad Rahman di konsert minggu kelapan pada Ahad lalu.
Fuad yang kelihatan begitu yakin menyanyikan lagu Laila Namamu Teratas menyebabkan penonton sendiri tidak sedar penyanyi Singapura itu ada membuat kesilapan dari segi melodi.
Menerusi video yang dikongsikan salah seorang pemuzik GV9 di Tiktok memperlihatkan mereka berdepan dengan detik cemas apabila Fuad menyanyikan lagu tersebut dengan melodi yang salah.
“Apasal melodi macam lain? Confirm melodi lain ni. Bertenang dalam seram. Nasib baik Iju (gitaris) dapat detect lokasi chords,” tulis di kapsyen video tersebut.
Biarpun dalam keadaan panik, namun bernasib baik Iju dapat mengawal dan menyesuaikan semula muzik dengan rentak nyanyian Fuad dengan pantas sekali gus menyelamatkan keadaan.
“Woo… cari fasal! Berderau darah aku! Ya Allah… gila la! Seram aku. Dia terus pergi macam… satu tempat lain tadi tau. Bukan melodi part tu. Jadi, benda ini, chord ni dah tak ada.
“Dia dah ambil part lain. Nasib baik dapat tangkap la,” kata Iju.
Rata-rata netizen memuji tahap profesional pemuzik GV9 kerana sangat bijak mengawal masalah yang tercetus dalam keadaan tiba-tiba.
“Wah, ini la bakat yang sebenar. Berjaya mengesan dan mengawal dengan cepat. Mereka sememangnya di peringkat yang berbeza.
“Korang memang mantap… sambil main sempat lagi cross check. Korang memang terbaik… salute,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Fuad yang menyanyikan lagu asal kumpulan Search itu mendapat markah 69.80% dan berjaya layakkan diri ke pusingan suku akhir pada Ahad depan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@pennbasschannel Detik SERAM di #gegarvaganza ♬ original sound - PennBassChannel
Must-Watch Video