"No... sakit perutlah... no," rayu pelakon cantik Qasrina Karim ketika cuba disuap durian bercampur tomato oleh rakan pelakon Emma Sofea.

Dalam sepotong video TikTok yang tular baru-baru ini, Qasrina seboleh-boleh cuba mengelak ketika Emma mahu menyuapnya menggunakan sudu ketika di set penggambaran Senduk Swap.

Namun, Qasrina akhirnya mengalah dan akur apabila terpaksa menerima suapan kombinasi makanan unik itu dari Emma.

Video aksi manja kedua-dua pelakon utama siri terbaharu Senduk Swap itu telah ditonton lebih 860,000 kali dan mendapat lebih 500 komen dari warganet.

@tadaa_my Qasrina & Emma manja manja pulak on set ?? Okay tak tu Qasqass?? #sendukswap #fyp #denyutjantungkuberdebar #tadaa #astro ♬ original sound - tadaa_my

Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam adegan suap-suap Qasrina dan Emma Sofea itu, jangan lupa saksikan Senduk Swap bermula 9 September ini.

BACA: Dua Dunia Terlebih Kacau, Apa Pula Senduk Swap Ni?

Sinopsis Senduk Swap

Senduk Swap merupakan siri komedi famili mengisahkan dua remaja, Ayu dan Sofea yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza.

Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.

Drama Senduk Swap dibintangi Qasrina Karim, Emma Sofea, Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Senduk Swap akan mula bersiaran pada 9 September setiap Jumaat pukul 3 petang di saluran TA-DAA! (CH612).