Laman Utama

[VIDEO] Jenazah Arwah Bapa Mentua Azhar Sulaiman Selamat Dikebumikan Di UK - “Terima Kasih Kepada Semua Yang Hadir Untuk…

Asyikin Mayudin
13/07/2023
01:25 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman memaklumkan bahawa jenazah bapa mentuanya iaitu Allahyarham Datuk Pahamin A Rajab telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London, United Kingdom (UK) pada pagi Khamis.
Azhar menerusi video yang dimuat naik di TikTok berkongsi perkara itu dan memohon agar semua orang mendoakan roh arwah ditempatkan bersama orang beriman.
“Saya ingin memaklumkan bahawa urusan pengembumian Allahyarham Pahamin A Rajab telah selamat dilakukan di Chiqwell London UK, terima kasih kepada semua yang hadir untuk pengurusan pengembumian pada hari ini.
“Mari kita sama-sama semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh arwah bapa mentuaku dan ditempatkan arwah bersama orang beriman, amin,” kongsi Azhar.
Rata-rata netizen turut mengucapkan takziah selain mendoakan seluruh keluarga Azhar.
Untuk info, arwah yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis graduasi cucunya yang juga anak Azhar.
ARTIKEL BERKAITAN: "Kalaulah Saya Ada Peluang ..." - Leona Luah Rasa Sedih, Datuk Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Dalam Kapal Terbang
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Dalam Perjalanan Ke London Untuk Hadir Majlis Graduasi Anak Saya…” - Azhar Sulaiman Menangis, Terkejut Bapa Mentua Meninggal Dunia
@theazharsulaiman
Jenazah Allahyarham Arwah Pahamin A Rajab telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London.Terima Kasih semua diatas ucapan dan Doa buat Arwah.♬ original sound - AzharSulaiman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebelum Sembahyang Subuh, I Terfikir Nak Batalkan Perkahwinan” - Azhar Sulaiman

gempak
24/06/2024
02:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir nak membatalkan majlis perkahwinan dengan isterinya Chempaka Emalin Pahamin.
Viral

Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

gempak
19/06/2024
01:55 MYT
Kerap menerima pertanyaan yang sama, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona memberi amaran terakhir kepada netizen agar tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya yang didakwa menghidap penyakit tiroid.
Viral

“Nak Mengeluh Pun Tak Guna, Sebab Behar Arkitek Rumah Sendiri” - Azhar Sulaiman

gempak
09/06/2024
23:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menzahirkan rasa kecewa terhadap rekaan rumahnya sendiri selepas diceroboh oleh sejenis haiwan baru-baru ini.
Hiburan

Persoal Tindakan Pejuang Hamas, Azhar Sulaiman Akhirnya Mohon Maaf - “Saya Tiada Niat Menentang”

gempak
21/05/2024
00:16 MYT
Dikritik sebelum ini kerana seolah-olah menyalahkan pejuang Hamas dalam pembedilan Israel terhadap Palestin, pelakon Azhar Sulaiman akhirnya membuka mulut menerangkan tentang pendapatnya berkaitan isu tersebut.
Hiburan

Beri Komen Berbaur Sensitif Tentang Palestin, Netizen Bandingkan Sikap Azhar Sulaiman Dengan Leona

gempak
17/05/2024
03:25 MYT
Susulan kritikan yang dilontarkan terhadap penyokong-penyokong gerakan Blockout 2024, pelakon Azhar Sulaiman teruk dikritik warganet di satu platform media sosial. Menerusi beberapa tangkap layar komen Azhar di Instagram, dapat dilihat pelakon berusia 53 tahun itu mengarahkan penyokong aktiviti memboikot tersebut untuk pergi sendiri ke Palestin