Laman Utama
"Kalaulah Saya Ada Peluang ..." - Leona Luah Rasa Sedih, Datuk Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Dalam Kapal Terbang
Pempengaruh dan cucu kepada Datuk Pahamin Rejab, Kasih Iris Leona meluahkan rasa dukacita dan sedih atas tokoh yang disegani ramai itu.
Kata Leona, dia masih tidak percaya dengan pemergian datuknya itu dan bergarap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan arwah.
"Masih tak percaya yang Tok Pok (panggilan kepada arwah) sudah tiada. Saya tak tahu nak rasa macam mana... Terima kasih atas kehidupan yang baik dan kepercayaan pada saya.
"Sepanjang hidup saya mahu membanggakan Tok Pok tapi kamu dah tidak bersama kami lagi, saya sudah tidak punyai peluang untuk bertanya 'adakah kamu bangga dengan apa yang saya capai?'.
"Sedihnya kerana waktu untuk kita bersama-sama di dunia ini sudah berakhir. Saya harap saya punyai peluang untuk mengucapkan salam akhir dan memelukmu. Tapi saya tak boleh putarkan balik masa melainkan akan menjadi cucu yang kamu banggakan.
"Kalau saya diberi peluang untuk berbicara dengan Tok Pok,saya mahu kamu tahu bahawa saya bersyukur dengan segala yang kamu berikan pada saya. Tanpa Tok Pok saya bukanlah sebahagian daripada diri saya hari ini.
"Saya sangat bertuah menjadi cucu Tok Pok. Selamat tinggal, saya akan merindui Tok Pok selama-lamanya. Ketemu lagi dalam mimpi," coretnya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, Allahyarham Datuk Pahamin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke London, United Kingdom malam tadi.
Allahyarham yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
Manakala, Azhar Sulaiman dan ahli keluarga alain akan berangkat ke London, esok.
Must-Watch Video