[VIDEO] “Kadang-Kadang Sha Hilang Motivasi Untuk…” - Shila Amzah Tetap Semangat Demi Anak
Asyikin Mayudin
10/07/2023 12:50 MYT
10/07/2023 12:50 MYT
Setiap orang pasti akan melalui fasa hilang perasaan semangat untuk bekerja, sama juga seperti penyanyi Shila Amzah yang mengakui ada kala dia juga berasa sedemikian.
Shila menerusi laman TikTok miliknya berkata dia kembali bersemangat disebabkan anak lelakinya iaitu Seth Uwais biarpun mental dan fizikalnya dalam keadan penat.
“Sebagai seorang manusia, kadang-kadang Sha hilang motivasi untuk kerja. Tapi sebagai seorang mak, anak la punca untuk kita terus bersemangat walau sepenat apa pun kita mental dan fizikal,” katanya.
Tunang kepada pempengaruh Ubai ini turut mendoakan agar semua ibu terus kuat demi anak-anak.
“Semoga semua ibu-ibu terus kuat okay!” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen mendoakan segala urusan Shila dipermudahkan selain turut bersetuju dengan perkongsian tersebut.
“Yes betul Sha… anak adalah semangat kita terus ke depan… be strong.
“Semoga Allah permudahkan semua urusan Sha,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Persoal Busana Shila Amzah Yang Terlalu Kasual Ketika Menghadiri Majlis Kahwin Janna Nick
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kewangan, Ubai Akui Mampu Sara Shila Amzah – “Kalau Tak Ada Duit, Tak Tunang”
Untuk info, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth.
Shila mula dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.
undefined