Pelakon Noorkhiriah berdepan dengan kemalangan kecil apabila motosikal yang ditunggang terbabas sehingga terlanggar kereta yang sedang berhenti.

Kemalangan itu berlaku ketika menjayakan salah satu babak dalam drama Boss Kid di kawasan perumahan.

Bagaimana pun Noorkhiriah bersyukur kerana kecederaannya tidak serius dan dia masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup.

"Alhamdulilah Akak Ok..Cuma tangan berbalut dan lebam lebam manja je..tak patah cuma tisu koyak..

"Apa apa pun akak tak mengeluh sebab masih punya nyawa..itu paling penting..sakit sedikit..Alhamdulilah akak terima..terima kasih sangat dari akak buat kru produksi," katanya.

Pelakon filem Nur itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini terdahulu yang dikongsi menunjukkan video bagaimana kemalangan itu berlaku dalalm sekelip mata.

Bagaimanapun, Noorkhiriah tidak menyalahkan mana mana pihak sebaliknya akur dengan kedegilan dirinya.

"Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi..jangan salahkan mereka.

"Mereka dah jalankan tanggung jawab sebaik mungkin..Allah dah jentik atas kedegilan akak," ujarnya.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

View this post on Instagram

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)