Lama mendiamkan diri, akhirnya Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan tampil menjawab mengenai dakwaan dia sudah bercerai talak tiga dengan usahawan Hana Azraa.

Menerusi siaran langsung di laman sosial, PU Abu menjelaskan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status tersebut kerana ia masih dalam proses mahkamah.

“Mahkamah yang tentukan bab cerai, rujuk, talak ni… semua mahkamah tentukan. Keluar pengesahan daripada mahkamah baru kita boleh cerita dekat orang ramai.

“Boleh tak, pernikahan saya tak sah tapi saya cerita dekat orang seolah-olah saya sudah sah bernikah. Tak boleh kan, saya menipu orang ramai,” katanya.

PU Abu yang membuat live di laman sosial bersama isterinya Ain Afini turut menjelaskan mengenai kenyataan yang mengatakan dia ada bertemu dengan Hana di Tanah Suci, Makkah.

Selain itu, pendakwah bebas tersebut juga mengakui ada menghantar mesej kepada ibu Hana baru-baru ini namun ia hanya berkaitan anak mereka iaitu Mateen.

“Kedua, berkaitan saya berjumpa Hana… tak, saya tak jumpa dia. Saya datang ke hotel di mana di situ ada sepupu saya. Saya bawa sepupu saya dan rakan-rakannya pergi makan.

“Ketiga, saya mesej mak dia tu bertanyakan hal Mateen baru-baru ini. Mesej yang dia tunjukkan di media sosial tu dah lama, seminggu yang lalu. Cuma baru di screen shot dan dihantarkan kepada dia oleh kakaknya,” jelasnya.

Sementara itu, PU Abu turut menegaskan dia akan mengambil khidmat peguam untuk menguruskan proses mahkamah yang mengambil tempoh masa yang lama.

“Kita tunggu mahkamah cakap apa. Nak tunggu proses mahkamah pun lama. Saya pula duduk sini dan kerja sini. Saya kena hire lawyer dan dia kena pastikan tarikh saya balik kena dengan masa perbicaraan mahkamah,” ujarnya.

Sebelum ini, Hana Azra mendedahkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah melafazkan cerai terhadapnya sejak awal tahun lagi namun kes masih dalam proses mahkamah.

Dianggap secara hukum bukan lagi isteri, Hana turut mengakui bekas suaminya itu juga sudah beberapa kali melafazkan cerai sehingga jatuh talak tiga.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@beritahairanmy PU Abu beri penjelasan tentang dakwaan masih kacau Hana Azra (bekas isteri) #beritahairan #puabu #bekasisteri #gilatalak ♬ original sound - Berita Hairan