,
Gaya Hidup

Video Lawat Kawasan Banjir Tular, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Layak Digelar Sultan Berjiwa Rakyat

Azwa Rahman
24/05/2019
08:20 MYT
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah sememangnya terkenal sebagai sultan berjiwa rakyat dalam kalangan rakyat Pahang.
Sifat murninya itu terserlah menerusi sebuah video pada tahun 2014 yang baru sahaja tular kembali di laman sosial. Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan Almarhum Sultan sedang memandu sebuah kereta Toyota dalam keadaan banjir.
Meredah banjir untuk melawat kawasan, almarhum Sultan sempat menyapa rakyat jelata yang sedang memancing di kawasan sungai berhampiran.
Rata-rata netizen berasa sedih dan menangis melihat kembali video tersebut. Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar.
Istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat pada hari Rabu, 22 Mei, jam 8.50 pagi di Intitut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.
Viral

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

gempak
06/09/2024
00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita

PMX Kesal Usaha Murni Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia Dikritik

gempak
18/08/2024
02:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa amat kesal dan sedih susulan sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
BorakSeeni