,
Laman Utama

[VIDEO]: “Macam Cantik Je, Macam Comel Je” - Rupanya Asyalliee Tu Syasya Solero Viral, Lepas 9 Tahun Baru Beri Penjelasan

Mya Amri
02/08/2022
03:39 MYT
Masih ingatkah anda tentang individu bernama Syasya Solero yang pernah tular sekitar tahun 2013 dengan ayat popular, “macam cantik je, macam comel je,?”
Mungkin ramai yang tidak perasan sebenarnya Syasya Solero adalah pengsohor media sosial, Asyalliee Ahmad yang kini sudah pun berkahwin.
Mengimbas kembali kenangannya pada ketika itu, Asyalliee atau lebih mesra dengan Asya berkata dia tidak menyangka menjadi tular kerana tujuannya merekod video itu hanya untuk suka-suka.
“Waktu kejadian video tu saya dekat kedai kakak. Balik daripada sekolah saya tolong kakak dekat kedai.
“Waktu tu tak ada pelanggan, mainlah make up - make up. Lepas tu saya rasa lawa sungguh make up saya, mata aku lawanya, jadi terfikirlah nak buat video.
“Waktu itu pula tengah popular zaman Keek, dah siap make up apa semua ambil video record, Syasya suka dengan mata Syasya, macam cantik je, macam comel je gitu.
“Orang ambil video itu pergi upload dekat YouTube pula. Saya tak ada rasa macam nak famous ke, nak viral ke.
“Waktu itu saya tidak tahu apa-apa lagi, saya record untuk suka-suka. Orang yang viralkan saya.
“Tapi waktu itu biasalah kan, depa dok kata cari publisiti murahan, aku ni budak lagi waktu itu, viral pun tak tahu apa lagi,” jelasnya menerusi satu rakaman video yang di muat naik di akaun Instagramnya.
Tambah Asya lagi, dia tidak dapat melupakan saat duka di mana dirinya menangis kerana tidak tahan dihemburkan dengan kata-kata negatif wargamaya.
“Saya menangis tau sebab saya macam tak sangka kenapa orang buat macam ni dekat saya, saya tak kacau siapa-siapa pun, saya hanya buat video puji mata saya je.
“Bukannya saya hina orang ke, bunuh orang ke, bergelek-gelek ke, tak ada. Hanya puji mata saya je. Jadi kena hentam,” kongsinya.
Bagaimanapun kata Asya, tidak semuanya memberikan kenangan pahit, malah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga berkongsi impak yang diterima selepas dirinya menjadi tular.
“Tetapi saya bersyukur sangat-sangat, disebabkan video itu, banyak peluang saya dapat. Saya ambil peluang itu untuk bina kerjaya saya sendiri.
"Bermula dengan modelling, review sampailah saya berkahwin dengan suami saya, baru saya buat perniagaaan.
“Terima kasih kepada anda yang pernah viralkan saya, yang ambil video masa saya budak lagi dan masuk ke YouTube tu. Terima kasih,” ujarnya.
Asya kini mempunyai perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Berita

Influenstar Asia Dot Com Tawar Peluang Pekerjaan & Modul Latihan Kepada Influencer

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ GROUP), melancarkan sebuat platform, Influenstar Asia Dot Com, sebuah platform untuk pempengaruh tempatan bertujuan untuk menyokong industri GIG negara.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.