gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO] Menari Sakan Dengan Adik, Netizen Tegur Bella Astillah Tanda ‘Sayang’; “Tak Manis Perempuan Gelek…”

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
03/12/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Menari Sakan Dengan Adik, Netizen Tegur Bella Astillah Tanda ‘Sayang’; “Tak Manis Perempuan Gelek…”

Sebuah video memperlihatkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sedang menari bersama adik perempuanya, Didi Istillah mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Bella berkongsi video dia sedang melakukan cabaran tarian “Made You Look Challenge” yang sedang trending ketika ini.

Pada perkongsian berkenaan, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz dan adiknya itu terlihat manis mengenakan pakaian serba merah jambu.

“Pink (merah jambu) bukan sekadar warna, ia melambangkan attitude,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

View this post on Instagram
A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Bagaimanapun, tindakan Bella berkongsi video tarian tersebut telah menerima teguran dan menimbulkan cakap nakal dalam kalangan netizen.

Menerusi ruangan komen milik Bella, rata-rata netizen memberi teguran terutama kepada Bella dengan menyifatkan aksi tarian lincah itu kurang manis untuk dipandang apatah lagi suaminya sudah berhijrah.

Malah tidak kurang juga yang menasihati Bella untuk tampil mengenakan pakaian yang lebih sopan selepas ini.

“Adik yang cantik, kalau awak pakai pakaian yang menutup aurat lagi cantik, love you,” komen seorang wargamaya.

“Kalau belum ada anak boleh tutup mata sebelah lagi, Aliff kan dah berubah dik, buatlah konten yang sopan sikit,” tulis seorang netizen.

“Tak manis perempuan gelek-gelek macam itu, maaf sekadar menegur,” luah seorang warganet.

Topic Berkaitan
#Viral
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Didi Astillah
#Menari Gelek
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement