Laman Utama

[VIDEO]“Mereka Cuba Kepung Nak Tarik Anak…”- Cemas! Anak Hampir Diculik Wanita Berselubung Kain Putih Di Genting Highlands, Polis Lakukan Siasatan Lanjut

Syafiqah Jalal
20/09/2022
04:34 MYT
Semalam tular video seorang pengguna di media sosial menceritakan detik cemas apabila anak kecil kepada salah seorang pekerjanya didakwa hampir diculik oleh dua orang wanita warga asing.
Video asal itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @alfitryazmi52 yang memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang bermain roller coaster di Skytropolis Indoor Theme Park di Genting Highlands.
Menerusi perkongsiannya memberitahu ceritanya bermula selepas isteri kepada pekerjanya itu yang dikenali sebagai Eykin tidak mahu turut serta bermain roller coaster dan ingin menjaga anak kecil mereka dan barangan peribadi.
Ketika berada di atas roller coaster, pemuda itu ternampak keadaan yang agak mencurigakan selepas Eykin dikerumuni oleh beberapa wanita asing berkain putih.
“Yang macam pakai telekung itu orang Pakistan dan yang bertudung putih itu orang Indonesia. Dari atas kami nampak mereka cuba kepung Eykin dan nak tarik anak kecilnya masuk ke dalam kain sari seolah-olah mahu menculik,” katanya.
Bukan itu sahaja, wanita yang didakwa warga Pakistan itu juga dikatakan melibas-libas barang mereka sambil membaca sesuatu.
“Dia siap libas-libas barang kami macam tengah baca sesuatu. Mungin dia nak pukau Eykin tapi ‘bacaan’ dia itu tak menjadi,” ceritanya.
Turun sahaja dari permainan roller coaster, suami kepada Eykin terus mencari beberapa orang polis untuk melaporkan tentang kejadian yang berlaku.
Tidak lama selepas itu, dua orang wanita yang dipercayai warga asing berkenaan dibawa berjumpa dengan pihak keselamatan di lokasi tersebut.
Berikutan itu, pemuda ini memberi nasihat kepada orang awam untuk lebih berhati-hati ketika membawa anak kecil mereka ke lokasi yang mempunyai ramai orang.
Perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih hampir empat juta tontonan sejak artikel ini ditulis.
@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz ? ♬ original sound - alfitryazmi52
Bagaimanapun Polis Diraja Malaysia menerusi akaun Twitter mereka mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada Isnin berhubung video yang tular itu.
Polis Daerah Bentong juga mengesahkan mereka tidak menerima sebarang laporan daripada pihak yang terlibat.
Walau bagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan menghubungi pemilik akaun TikTok itu bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Bentong Supritenden Zaiham Mohd Kahar menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Tular Di Media Sosial Bahawa Seorang Kanak-Kanak Hampir Menjadi Mangsa Culik Di Genting Highlands, Bentong, Pahang.
Sumber: POLIS Bentong pic.twitter.com/AoYz0E2JOH— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) September 20, 2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

gempak
25/07/2024
12:55 MYT
Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2024.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

gempak
24/07/2024
17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.