Sambal Nyet yang diusahakan oleh pempengaruh yang terkenal dengan video masakan, Khairul Aming telah menerima kritikan selepas lebih setahun berada di pasaran.

Kelmarin, tular di aplikasi TikTok di mana seorang pengguna dikenali CikguSammi Coach Biz & Produk memberikan sedikit kritikan mengenai Sambal Nyet yang dibeli.

Menerusi video dikongsikan, CikguSammi menunjukkan bungkusan sambal yang baru diterimanya penuh dengan minyak terkeluar.

“Minyak dah tertumpah banyak. Aku adalah salah seorang peminat sambal Khairul. Tapi, kali ini kalau minyak dah tertumpah, tak pastilah kualiti akan terjejas atau tidak,”komennya mengenai isu tersebut.

Justeru, pembeli itu turut memberi tip supaya pihak Khairul Aming memperkemaskan bungkusan dengan menambah kotak untuk lebih perlindungan.

@cikgusamm Mmmm.. kena improve ni #cikgusamm #cikgusammtips #packaging #sambal #sambalpenyet #khairulaming #khairulamingrecipe @Khairulaming ♬ Feeling Happy ( Positive Upbeat ) - PIANissimO

Khairul Aming tidak berdiam diri malam telah tampil memberi respon serta penjelasan atas apa yang berlaku.

Khairul Aming menerusi satu kemas kini di Instagram miliknya berterima kasih di atas maklum balas yang diberikan.

“Thank you so much for the feedback and suggestions dari semua customer @sambalnyet . Feedback macam ni yang boleh tolong kita improve kan lagi kualiti produk kita,” tulisnya dalam kapsyen.

Dalam entri yang sama Khairul Aming turut memuat naik video untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai pembungkusan Sambal Nyet.

“Bukan kita tak mahu membuat bungkusan kotak seperti yang dicadangkan tetapi ia terbatas kerana empat faktor.

“Empat faktor itu adalah kadar kerosakan yang rendah, time efficiency, cost efficiency dan terakhir adalah kerana demi memudahkan pihak penghantaran,”katanya

Pun begitu, Khairul Aming memberitahu dia akan menggantikan sambal yang baru kepada pembeli yang berhadapan dengan isu tersebut malah meminta agar berhubung terus dengan pihak perkhidmatan pengguna mereka untuk sebarang masalah lain.

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)


***Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!