Sebulan bergelar suami isteri, penyanyi rap terkenal MK K-Clique berkongsi momen dia berkenalan dengan cinta hatinya iaitu Siti Hajaar.

Menerusi video yang tular di TikTok, MK mengakui dia yang memulakan langkah dengan mengikuti laman Instagram isterinya dan mula terpikat dengan wajah wanita itu.

“Saya kenal Hajaar dari media sosial. Saya nampak Instagram dia tapi dia ‘private’ selepas itu saya check gambar profil Instagram tapi ketika itu gambar profil belum boleh tengok lagi.

“Jadi saya tangkap layar dan zoom gambar dia. Lawa!” kongsi MK.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkongsi perkara itu ketika membuat kejutan untuk Siti Hajaar dengan membawanya menaiki belon udara panas.

Pada perkongsian yang sama, MK turut mendedahkan dia mengambil masa selama satu tahun untuk mendekati dan memikat hati Siti Hajaar.

“Saya ‘try’ dia setahun baru lah kami ke peringkat seterusnya. Susah! Susah sangat. Sombong tapi Alhamdulillah ia adalah perkara yang pada saya perlu ada pada semua orang. Memang patut ada,” ujarnya.

Pada 16 Jun lalu, MK dan Siti Hajaar selamat dinikahkan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] MK K-Clique Hadir Ke Ceramah Ustaz Abdul Somad Tarik Perhatian Netizen - “Berhibur-Hibur Juga, Soal Agama Tetap…”

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Ramai Wanita Patah Hati, Ini Jawab MK K-Clique – “Kalau Ada Yang Terluka…”

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)