Lama mendiamkan diri, akhirnya penyanyi Yazmin Aziz tampil menjelaskan kekeliruan berhubung agama kekasihnya iaitu pemain bola sepak Kelantan FC, Gulherme Brizolara.

Tidak arif soal agama, Yazmin berkata kenyataannya sebelum ini yang mengatakan kekasihnya beragama Katolik bukannya Kristian itu berdasarkan rujukan daripada orang Filipina.

“Terima kasih kepada sesiapa yang tolong jelaskan mengenai isu Kristian dan Katolik. Sejujurnya saya sangat menghargai.

“Saya ini bukan pandai sangat agama pun. Sebab itu, saya lebih memilih untuk tidak bercakap tentang perkara itu.

“Kalau anda nak tahu, rujukan saya ketika buat video itu adalah orang Filipina. Dekat sana, kalau anda roman Katolik, mereka akan tulis agama sebagai Katolik dalam surat beranak.

@yazminaziz Tak marah kalau kena tegur. Hanya penjelasan ❤️ #fyp #tiktokmy ♬ original sound - Yazmin Aziz

“Sebagai contoh, kalau anda penganut Kristian, dalam surat beranak akan tulis Kristian,” kata Yazmin.

Awal September lalu, Yazmin memuat naik sebuah video di TikTok menjawab soalan wargamaya yang kerap bertanyakan mengenai agama kekasihnya itu namun sudah dipadam.

Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, Yazmin memaklumkan bahawa kekasihnya itu beragama Katolik bukannya Kristian seperti yang disangka orang ramai.

Bagaimanapun, rata-rata netizen di ruang komen membetulkan fakta dengan mengatakan Katolik juga sebahagian daripada agama Kristian.

Sementara itu, bekas peserta program Big Stage 2022 ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul disebabkan kenyataannya sebelum ini.

“Saya minta maaf kalau timbul kekeliruan. Saya juga melakukan kesilapan, saya hanya manusia besfren,” ujarnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!