Laman Utama

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”

Asyikin Mayudin
25/03/2023
02:00 MYT
Apa saja yang dimuat naik di laman sosial Izara Aishah sentiasa menjadi perhatian dalam kalangan netizen yang rata-ratanya gemar dengan perkongsian pelakon itu.
Terbaharu, Izara menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi video dia sedang memasak namun apa yang menarik perhatian ialah bunyi gema seakan-akan telefon diletakkan dalam air.
“Sebab Izara aku tetap tengok sampai habis walau macam tengah berendam dalam swimming pool.
“Izara letak kitaorang dalam periuk ke? Bergema betul bunyinya.
“Kak Izara, selepas ini jangan lupa tutup noise sebelum post supaya tak bunyi macam tengah kukus phone,” komen beberapa netizen.
Malah ada juga netizen mengatakan suami kepada aktres itu akan membuatkan dapur khas untuk isterinya melakukan video memasak.
“Yang komen video Izara bunyi dalam periuk, korang tunggu la kejap lagi suami dia beli dapur khas untuk video masak,” kata netizen.
Bagaimanapun, Izara ada membalas salah satu komen netizen yang mengatakan dia seperti merakam video sambil merendamkan telefon bimbit dalam air.
“Bagus dengar macam air. Itu api masak kan. Kalau dengar orang masak tapi bunyi hon kereta itu macam ada masalah hidup,” komen Izara.
@izaraaishahofficial
Tekejut suami harini “Eh masak pakai tudung?” ? nak tiru orang buat content lah.♬ original sound - Izara Aishah ????
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”

gempak
19/04/2024
13:55 MYT
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Hiburan

Nama Dipetik Pergi Pusat Hiburan, Izara Aisyah Tampil Bersuara

gempak
24/03/2024
00:00 MYT
Pelakon Izara Aisyah tampil bersuara setelah difitnah oleh seorang individu dengan dakwaan pernah mengunjungi kelab hiburan pada tahun lepas.
Terkini

Izara Aisyah Kongsi Nama Anak, Netizen Puji: - “Indahnya Nama"

gempak
16/02/2024
07:00 MYT
Pelakon jelita, Izara Aisyah akhirnya mengumumkan nama bayi keduanya selepas hampir empat bulan sejak hari kelahiran pada Oktober tahun lepas.
Terkini

“Any Mental Disorder Is Valid When You’re Not On Ice” - Izara Aishah

gempak
11/01/2024
08:25 MYT
Pelakon Izara Aishah berkongsi satu kenyataan di platform X mengenai pandangannya tentang masalah mental
Laman Utama

Izara Aishah, Adib Khalid Timang Cahaya Mata Kedua

gempak
13/10/2023
15:55 MYT
Tahniah.