Aksi vokalis kumpulan Vierratale atau Vierra iaitu Widy Soediro Nichlany membuka bajunya ketika sedang membuat persembahan baru-baru mengundang kritikan netizen.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Widy yang hanya memakai baju dalam berwarna hitam dan melemparkan baju yang dibuka kepada penonton yang berada di hadapannya.

Malah video yang memperlihatkan aksi penyanyi berusia 32 itu juga menjadi tular di laman sosial.

Mengakui aksi yang dilakukan secara spontan, Widy menjelaskan dia memakai sport bra atau pakaian dalam untuk olahraga.

Menerusi temu bual bersama media Indonesia, Widy memberitahu aksi itu bukan sesuatu yang baharu dilakukan oleh pemuzik lama sepertinya.

“Iya (spontan)… itu bukan pakai bra, tapi baju olahraga (sport bra). Sekarang kan sport bra pun banyak yang bagus-bagus.

“Bagi saya, benda itu sudah biasa untuk orang lama. Dan setiap kali di pentas, akan selalu ada aksi-aksi sebegitu,” kata Widi. - Suara.com

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@ayosemarangcom Cuma Pakai Bra, Widi Vierratale Nekat Lepas dan Lempar Baju #ayosemarangcom #widivierratale #vierratale #widikidiw #beritatiktok #beritaterkini #fyp #fypシ ♬ Jadi Yang Kuinginkan - Vierra