Laman Utama

[VIDEO] Peminat Puji ‘Sweet’, ‘Bersemut’ Baca Ucapan Anniversary 2 Bulan Perkahwinan Mas Idayu & Suami

gempak
Izwan Isa
17/11/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Peminat Puji ‘Sweet’, ‘Bersemut’ Baca Ucapan Anniversary 2 Bulan Perkahwinan Mas Idayu & Suami
Penyanyi dangdut, Mas Idayu berkongsi rasa gembira selepas genap dua bulan melayari bahtera rumah tangga bersama belahan jiwanya, produser Muhammad Sufian.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mas Idayu memuat naik dua buah video yang memaparkan dia dan suami sedang bersantai dan menghabiskan masa bersama di persisiran Pantai Muar.
“Tadi darling kita call, hari ni (semalam) 16 November genap dua bulan usia perkahwinan kami. Sekejap je dah dua bulan.
“So sweet husband Mummy sentiasa ingat. Happy two months anniversary darling. Mummy cinta Daddy sangat-sangat.
“Video ni je yang Mummy ada, Daddy bawa jalan-jalan dekat Pantai Muar,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan penyanyi itu bersama suami.
“Happy anniversary, semoga senantiasa dalam lindungan Allah, diberikan kesihatan dan kebahagiaan dunia hingga akhirat.”
“Seronok jadi sebahagian daripada saksi hari bersejarah Mummy Daddy nikah pagi Jumaat tu. Paling diingati Daddy tahan sebak sebelum akad sebab tok kadi kasi intro syahdu sangat. Mummy? Dah mengalir terus air mata kat stage. Happy two months anniversary to both of you.”
“Mummy jangan sweet sangat please. Susah kita nak pegang handphone ni ha, penuh semut.”
Untuk rekod, Mas Idayu bernikah dengan Sufian pada 16 September lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024