Seorang pengguna TikTok merakam kelibat seorang individu berbaju putih yang bertudung membuang ‘sesuatu’ di depan pintu pagar rumahnya.

Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu memberitahu yang kejadian berlaku sekitar pukul 2.35 pagi, ketika semua penghuni rumah sekitar sedang nyenyak tidur.

@n.shzana Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?? Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

“Ya Allah! Ya Allah! Apa yang kau lempar depan rumah aku pagi-pagi buta ni? Astaghfirullah. Allah nak tunjuk, ada orang khianat kat family aku.

“Masa ni aku terjaga dari tidur, dengar bunyi anjing menyalak, bising. Pukul 2.35 pagi. Apa korang rasa perempuan baju putih tu baling ke rumah aku?” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ada yang meminta agar pemilik akaun berkenaan pergi berubat agar hal-hal buruk tidak berlaku pada dirinya.

“Pergi berubat okay. Saya sendiri pernah disihir tahun lepas. Jaga diri semua. Jangan mudah percaya sesiapa,” kata seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat ‘barang’ yang ditaburkan itu merupakan tanah kubur yang bertujuan untuk memecah belahkan keluarga.

“Mungkin itu tanah kubur, nak buat family porak peranda dan rasa tak tenang kat rumah tu,” ulas seorang netizen.

Kemudian, terdapat juga nasihat yang meminta agar tuan empunya badan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mengenali individu yang dirakamnya itu.

“Saya nasihatkan jika kenal siapa orangnya, buat report dan dalam masa sama dapatkan bantuan perawat atau ustaz untuk tawarkan khianat sihir tersebut,” katanya.

“Allah nak gerakkan hati sis untuk bangun dari tidur, bila mana Allah tak izinkan sesuatu berlaku ia tak berlaku. Sis cari ustaz dulu yer, semoga dipermudahkan,” kata seorang lagi netizen.