Sebelum ini, kita lihat ramai pempengaruh atau infleuncer media sosial teruk dikecam apabila melakukan hal-hal yang diluar duga demi secebis perhatian.

Nah, kali ini, seorang Youtuber turut melakukan hal yang serupa.


Menerusi video yang kononnya dilakukan atas dasar eksperimen sosial, Youtuber tersebut, NickCHANNEL menarik tudung yang dipakai oleh beberapa orang wanita sambil merakamkan reaksi mereka.

Tentulah hal-hal sedemikian menarik perhatian netizen lain. Menerusi ruangan Twitter, pembikin content di NickCHANNEL itu menerima kritikan yang sangat hebat.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke? Benda ni dikira harassment kot. Saya buat content je kepala b*t*h dia. Sakit pulak hati puak puak bodoh macam ni makin membiak,” katanya.

Rupanya-rupanya, Youtuber berkenaan melakukan eksperimen sosial itu dengan sengaja dan ‘mangsa-mangsa’ yang kononnya terlibat dalam video tersebut adalah rakan-rakannya yang memang tidak bertudung.

“Netizen ni seratus peratus semua kecam aku sebab memainkan agama Islam… memang sepatutnya aku kena letak penjelasan pada pengakbiran bideo. Cuma aku nak tengok macam mana netizen ni kecam aku. Korang sendiri boleh tengok,” katanya dalam sebuah video berlainan.

Begitupun, penjelasan pemilik saluran Youtube itu bagaimanapun mendapat maklum balas negatif dalam kalangan netizen.

“Eh eh eh mmg lahir terus benak ke apa? Yih geram pulak explanation. Dia yang buat content bangang tiber salah netizen.”

“Korang sendiri tak pakai tudung, ada hati nak buat content pasal pakai tudung… tu sebab kau tak triggered. Kami wanita yang bertudung rasa terhina. Sebelum buat fikir dulu. Allahuakbar.”

“Jangan jatuhkan maruah perempuan yang bertudung!”

“Awak buat content macam ni. Budak-budak tengok dia orang boleh terikut walaupun prank… boleh faham tak? Boleh fikirkan?