Personaliti media sosial (Instafamous), Chazynash mengaku kesilapannya menghasilkan kandungan video keterlaluan baru-baru ini.

Kandungan video tersebut dianggap melampau dan mencetus kemarahan warganet serta menjadi kontroversi sehingga menarik perhatian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Chazynash menerusi video tersebut memakai gelang berwarna merah jambu dan keluar makan di sebuah restoran.

Bagaimanapun Chazynash menerusi sebuah permohonan maafnya baru-baru ini menjelaskan, reaksi orang ramai yang terkejut dan semua yang berlaku adalah lakonan dan sudah dirancang terlebih dahulu.

Terbaru, Chazynash memuatnaik sebuah lagi hantaran menyesali perbuatan tersebut dan mengakui tidak sepatutnya dia membuat kandungan seperti itu untuk saluran media sosialnya.

Dia turut berpesan kepada orang ramai agar tidak mengikut jejak langkahnya kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan serius.

“Saya tak patut post content sebegitu, video pun sudah saya delete. Saya akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan content selepas ini.

“Pesanan kepada semua juga, perkara seperti ini tidak boleh dibuat main walaupun niat kita nak menghiburkan orang. Jangan jadi macam kes saya, naya!

“Saya terima kesalahan saya ini, minta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga frontliner kita,” tulisnya.

Namun ruangan komen pada hantaran tersebut ditutup Chazynash.

#KITAJAGAKITA ??????

A post shared by Chazynash (@chazynash) on